Monday, December 28, 2015

MISTERI!!!

 
  Keanehan sebuah gua yang terletak di Phong Nha-Ke Bang National Park, Bo Trach, Vietnam, telah menggemparkan orang ramai.

Son Doong Cave

Gua yang dinamakan Gua Son Doong ini disifatkan sebagai menakutkan kerana sering mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik.

Sebelum ini kewujudan Gua Son Doong tidak pernah disedari oleh sesiapa, sehinggalah ia ditemui oleh seorang lelaki tempatan bernama Ho Khanh pada tahun 1991 secara tidak sengaja.

Namun, walaupun selepas penemuan itu, tidak ada seorang pun yang berani menjejakkan kaki ke sana kerana penduduk tempatan menganggap gua ini berhantu!

Dikatakan, berdiri dipintu masuk gua sahaja pun sudah cukup membuatkan bulu roma berdiri.

Gua Son Doong dikatakan mengeluarkan suara-suara pelik seperti siulan yang muncul dari dalam gua sepanjang hari.

Ditambah lagi dengan persekitaran gua yang dingin, menambahkan lagi perasaan seram kepada sesiapa yang mahu berkunjung.

Kerana kepercayaan itu, selama bertahun-tahun penduduk tempatan meyakini bahawa gua ini ada penunggu dan mereka sering menjauhkan diri dari mendekati tempat yang dikatakan berhantu ini.

Sehinggalah semuanya tersingkap pada tahun 2009, selepas sekumpulan saintis dari British Cave Research Association, memutuskan untuk mengkaji misteri Gua Son Doong.

Hasil kajian yang diketuai oleh Howard Limbert, bermula dari 10 hingga 14 April 2009, mengesahkan gua ini memang mengeluarkan bunyi seperti siren.

Dan bunyi pelik itu bukanlah suara penunggu tetapa ia sebenarnya berasal daripada tiupan angin dan deruan aliran sungai yang deras dari dalam gua.

Son Doong Cave River

Pasukan ini bukan sahaja berjaya membongkar misteri suara pelik yang sangat ditakuti penduduk, malah mereka juga menemui bahawa Gua Son Doong sebenarnya menyimpan sesuatu yang sangat berharga.

Berdasarkan kiraan yang dibuat, Gua Son Doong lima kali lebih luas daripada gua terbesar Vietnam, Gua Phong Nha, malah lebih besar daripada gua terbesar di dunia ketika itu iaitu Gua Rusa di Sarawak, dengan ukuran panjang dua kilometer, tinggi 100 meter dan lebar 90 meter.

Gua Son Doong pula memiliki keluasan, lima kilometer panjang, tinggi 200 meter dan lebar 150 meter.

Dengan ukuran ini, Gua Son Doong telah dinobatkan sebagai gua paling besar di dunia, mengalahkan pemegang rekod sebelumnya, Gua Rusa.

Menurut Howard, ekspedisi memasuki Gua Son Doong sangat mencabar. Namun, kesukaran yang dihadapi sungguh berbaloi apabila mereka sekali lagi menemui 'harta terpendam' di dalam gua tersebut.

Son Doong Cave Forest

Apa? Mereka mendapati bahawa di dalam Gua Son Doong terbentang hutan dan sungai yang sangat luas!

Bagaimana? Kajian menunjukkan beberapa bumbung gua telah runtuh, kemungkinan terjadi sejak beberapa abad dahulu.

Runtuhan bumbung gua telah membenarkan air hujan dan cahaya matahari masuk sehingga tumbuhan mampu hidup di situ.

Selain wujud hutan kecil yang menghijau, Gua Son Doong turut dihiasi padang alga.

Padang alga ini menyelimuti sebahagian lantai gua sehingga membuatkan kawasan itu kelihatan seperti permaidani yang sangat indah, dan pengkaji menamakan kawasan ini sebagai Garden of Edam.

Son Doong Cave stalagmit

Gua Son Doong turut menyimpan keindahan kristal yang luar biasa, terbentuk dari titisan air ratusan tahun dahulu.

Malah, ianya mengandungi beberapa formasi stalagmit tertinggi di dunia melebihi 70 meter!

Malah dikatakan juga, Gua Son Doong masih menyimpan banyak lagi rahsia alam yang masih tersembunyi.

Hanya menunggu masa untuk disingkap satu persatu!

Misteri Roh Tidak Tenteram



Semuanya bermula sekitar tahun 1870. Lucy Ann Perkins merupakan seorang guru. Dia ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di Newburyports dalam daerah Massashussets, Amerika Syarikat.


Newburyports School Haunted mystery

Lucy tidak tahu ada sesuatu yang menghuni sekolah itu. Para penduduk sekitar dan guru-guru yang mengajar di situ sudah sedia maklum dengan kehadiran 'seseorang'. Namun, tidak ada seorang pun yang membuka mulut sewaktu Lucy mula mengajar.

Pernah suatu ketika semasa Lucy mengajar di dalam kelas, kedengaran pintu bilik darjah diketuk bertalu-talu. Gegarannya terlalu kuat sehingga dinding bilik itu terasa seperti bergoncang.

Menyangka mungkin ada sesuatu yang buruk sedang terjadi di luar, Lucy segera membuka pintu. Sebaik di buka, tiada sesiapa yang berada di luar bilik darjah. Malah, laluan pejalan kaki juga kosong.

Mana mungkin ada manusia yang mampu menggegar pintu kelas kemudian berlari menyembunyikan diri dalam masa yang singkat.

Dalam kejadian lain, loceng yang terletak di atas meja guru berbunyi tanpa henti padahal tiada sesiapa yang menyentuhnya. Loceng itu kemudian terapung di udara sebelum dihempaskan ke lantai.

Angin kencang juga sering bertiup dalam kawasan sekolah walaupun pada ketika itu cuaca sebenarnya sangat baik.

Biasan cahaya yang terang juga sering memenuhi bangunan oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan sekolah tersebut.

Adakah hanya Lucy yang ditimpa kejadian misteri ini? Tidak!

Selain guru-guru, penjaga dan tukang cuci yang bekerja di sekolah itu juga sering diganggu. Sampai ke satu tahap, mereka menjadi sangat takut untuk masuk dan membersihkan kawasan sekolah.

Buka itu saja, ramai pelajar juga tidak hadir ke sekolah kerana takut kepada gangguan yang tidak henti-henti muncul sewaktu pembelajaran berlangsung.

Gangguan demi gangguan yang dialami Lucy membuatkan dia kadangkala takut untuk ke sekolah. Namun, memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang guru, dia sedaya upaya menepis rasa takutnya.

Penduduk yang tidak tahan dengan pelbagai gangguan hingga menyebabkan anak-anak mereka takut ke sekolah mula menjalankan siasatan.

Newburyports School Haunted mystery [2]

Ada yang mendakwa salah seorang penduduk telah merasuah seorang kanak-kanak lelaki untuk mengaku bersalah di atas semua kekacauan yang telah terjadi di sekolah tersebut. Ini semua bagi menutup misteri yang masih gagal dirungkai.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak bernama Amos Currier telah mengaku bersalah, kejadian-kejadian misteri tetap melanda sekolah itu. Ini membuatkan penduduk tidak mempercayai pengakuan Amos.

Kemudian, beberapa penduduk yang telah lama menetap di kawasan tersebut akhirnya menceritakan kejadian sebenar.

Khabarnya, kejadian misteri disekolah itu bermula pada tahun 1860. Seorang kanak-kanak telah melakukan satu kesalahan yang tidak dinyatakan. Sebagai hukuman, kanak-kanak itu telah dipukul dengan teruk sebelum dikurung dalam bilik bawah tanah di sekolah itu.

Keesokannya, kanak-kanak itu didapati sudah meninggal dunia. Kemungkinan akibat cedera teruk dipukul.

Kerana kes itu, sekolah Newburyports telah ditutup untuk beberapa ketika bagi meredakan keadaan. Beberapa tahun kemudian, sekolah itu dibina semula dan dibuka seperti biasa.

Sejak pembukaan semula sekolah itu, satu persatu kejadian misteri kembali menghantui guru-guru dan pelajar. Gagguan itu dikaitkan dengan roh kanak-kanak tersebut. Dikatakan rohnya tidak tenang dan mahukan keadilan.

Begitu juga dengan Lucy. Tidak tahan dengan gangguan yang dihadapi, dia akhirnya meninggalkan sekolah itu. Tidak lama selepas pemergian Lucy, sekolah itu telah dirobohkan dan dibina semula sebagai rumah persendirian.

Menurut cerita lagi, setelah dirobohkan, tiada lagi gangguan yang berlaku kepada pemilik rumah disitu.

Mungkin roh kanak-kanak itu hanya mahu membalas dendam kepada guru-guru yang menghukumnya. Siapa tahu..